Bahagian Persilatan ini akan menerangkan serba ringkas maklumat mengenai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).
Lambang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).
MISI PSSCM
Memimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang Melayu amnya supaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.
VISI PSSCM
Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat Cekak Malaysia dan membersihkan segala tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.
SYARAT KEAHLIAN
- Berumur 16 tahun ke atas -
- Beragama Islam -
- Sihat tubuh badan -
PANTANG LARANG
1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli
SISTEM PELAJARAN
- Seni Silat Cekak Malaysia menanti serangan dengan berdiri lurus dan tidak berkuda-kuda.
- Penekanan 99% menanti serangan & 1% menyerang. Tiada tari-menari & bunga.
- 4 peringkat pembelajaran :
- Asas
- Jatuh
- Potong
- Tamat (Kemahiran)
- Tempoh pembelajaran 4 semester. Pakej yuran yang murah & bersistematik. Yuran pendaftaran hanya
= RM85.00
- Mempunyai 4 kaedah tetap (A,B,C,D) yang diilhamkan daripada pergerakan solat (Doa, Qiam, Rukuk, Takbir) bagi menangkis serangan.
-Mempunyai 21 buah pelajaran sambungan daripada 4 kaedah (A,B,C,D) bagi mempertahankan diri.
- Dilatih menggunakan tangan kosong bagi menangkis serangan senjata seperti tongkat dan pisau serta serangan kaki (Peringkat Tamat).
- Tempat latihan dipanggil Kelas Latihan (bukan gelanggang).
- Penuntut diterapkan elemen jati diri dan nilai Kemahiran Insaniah melalui aktiviti persilatan, persatuan dan perguruan.